Falsafah hidup

Nothing can be change unless you change it yourselves

Saturday, August 21, 2010

Tazkirah Ramadhan

Puasa

apakah makna puasa?
Dari sei bahasa puasa bererti menahan diri daripada sesuatu.
Dari segi syarak, puasa bererti menahan diri dari perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari, dimulakan dengan niat berpuasa kerana mengharapkan keredhaan Allah SWT

Friday, November 13, 2009

Mengapa Seronok Belajar?

  1. Mendapat Pengetahuan
  2. Mendapat Kemahiran Baru
  3. Mengembangkan Potensi
  4. Mendapat Hadiah
  5. Meningkatkan Keyakinan Diri
  6. Meningkatkan Kemahiran Berfikir
  7. Mendapat Pekerjaan Yang Baik
  8. Menjamin Masa Depan Yang Cerah
  9. Menikmati Rasa Berjaya
  10. Mendapat Pujian Daripada Guru dan Ibu Bapa

So, fikirkanlah dan ciptalah alasan lain untuk mendapat keseronokan belajar.
Tetapi yang penting menuntut ilmu itu mendapat pahala dari Allah s.w.t

Fikirkan Boleh

Jika Kau Fikirkan Kau Boleh
Kau Hampir Boleh Melakukan
Jika Kau Fikirkan Ragu-ragu
Usahamu Tidak Menentu

Jika Kau Fikirkan Kekalahan
Kau Hampiri Kegagalan
Jika Kau Fikirkan Kemenangan
Kau Hampiri Kejayaan

Engkaulah Apa Kau fikirkan
Terkandung Dalam Pemikiran
Berfikir Boleh melakukan
Fikirkan Boleh

Percaya Apa Kau Lakukan
Tabah Apa Kau Usahakan
Bertindak Atas Kemampuan
Engkau Boleh

Peperiksaan

Buat anak-anak Mama yang bakal menduduki peperiksaan

Panduan Untuk lulus Peperiksaan.

1. Matlamat Yang Jelas -
Anak-anak Mama perlu menetapkan matlamat dengan jelas. Adakah anak-anak sedar bahawa peperiksaan yang anakanda akan duduki ini adalah penentu kepada hala tuju masa depan?Peperiksaan ini bakal menentukan sama ada anakanda akan hanya menjadi seorang buruh kasar, pegawai atau seorang profesional. Oleh itu matlamat asas yang jelas perlu ada untuk berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan yang anakanda duduki. Dengan matlamat barulah anakanda merasakan kepentingan peperiksaan itu.

2. Perencanaan Yang Bijak
Anak-anak Mama perlu merencanakan bahawa peperiksaan itu adalah sebahagian daripada hidup. Hidup pula adalah laksana jambatan ke akhirat. Oleh itu peperiksaan dianggap sebahagian daripada perancangan kita untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. Oleh itu kejayaan dalam peperiksaan adalah merupakan sebahagian daripada kejayaan hidup kita.

3. Cipta Sejarah
Anak-anak perlu mencipta sejarah. Adakah anak-anak mahu kejayaan cemerlang anak-anak dalam peperiksaan akan dikenang oleh keluarga atau saudara mara bukannya kegagalan yang akan menjadi sebutan dan ingatan orang lain? Jika ya, anak-anak perlu menjadi anggota keluarga yang paling berjaya dan terbaik dari kalangan semua. Anak-anak perlu menjadi contoh pelajar terbaik yang akan dikenang dan diteladani oleh guru-guru dan pelajar-pelajar yang lain sampai bila-bila.

4. Fikirkan Yang Indah
Anak-anak perlu bayangkan keseronokan yang bakal dikecapi jika berjaya kelak. Jika menjadi pelajar cemerlang, peluang anak-anak untuk mendapat biasiswa atau ditawarkan melanjutkan pelajaran di luar negara akan lebih cerah. Anak-anak juga bakal menerima ijazah dan dihormati oleh semua. seterusnya anak-anak akan berkhidmat kepada negara dan menjadi seorang yang berjaya.
5. Keuntungan Terdekat
Anak-anak kena fikirkan ke manakah anak-anak selepas peperiksaan nanti. Adakah ke luar negara
ke universiti tempatan, ke matrikulasi, ke IPTS, ke kolej atau memduduki semula peperiksaan?
Fikirkanlah keuntungan atau kerugian hasil keputusan peperiksaan anak-anak. Keputusan ada
pada diri masing-masing. Tepuk dada tanyalah selera...